kekecewaan datang apabila sesebuah perhubungan yang dicipta tidak dapat mendatangkan kegembiraan kepada salah seorangnnya…akibatnya…salah seorang akan kecewa kerana hati si seorang lagi tidak dapat berpu-pura lagi…tapi, kenapa perlu berpura-pura???sedangkan kebenaran telah diketahui dari awal lagi…di sini…perasaan memainkan peranan penting…soal perasaan, sedangkan diri sendiri menjadi keliru inikan pula orang lain…jika kekecewaan yang berlaku ini membabitkan perasaan…tiada siapa yang bersalah kerana, soal perasaan bukanlah sesuatu yang senang ditafsirkan…
bila difikirkan semula„,mungkin begitu perasaan aku ketika aku meninggalkan dan mungkin begini perasaan dia ketika dia ditinggalkan…adakah ianya tidak adil untuk aku???entahlah, aku sendiri tak tahu…dalam keadaan ini, memang dilihat dia yang bersalah tapi, jika ianya melibatkan perasaan…tiada siapa yang bersalah…aku cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan hubungan ini…tapi biarlah, mungkin tiada jodoh diantara kami…
sekarang…aku cuba untuk menjadi seseorang yang lebih positif dan sentiasa berfikiran panjang dalam melakukan sesuatu…
syukur kepada Allah s.w.t. kerana memberikan aku kekuatan yang sangat aku perlukan pada saat ini…terima kasih aku ucapkan kepada mak abah kerana tidak pernah kurang dalam memberikan aku kasih sayang…terima kasih aku ucapkan kepada abang, kakak dan adikku kerana tidak pernah putus memberikan sokongan kepada ku…kepada semua rakan-rakan ku…kalian semua sentiasa membuatkan diriku ini dihargai…kalian berada bersama ku ketika keluarga jauh untuk memberiku sokongan…jasa kalian takkan ku lupakan…
Ya Allah…Kau berikanlah hambaMu ini kekuatan dan Kau lindungilah hambaMu ini dari segala godaan syaitan yang direjam…Amin…